Kira & Bayar Zakat

Pilihan Zakat :

Young man working remotely on laptop in a stylish modern home interior setting.

Pembayaran Zakat Pendapatan

Nisab Zakat Pendapatan :-

TAHUN
BULAN
HARGA
2024
Januari - Jun
24,007.00
2023
Julai - Disember
23,035.00

Niat Zakat Pendapatan :-

“Inilah wang sebanyak RM…………. sebagai menunaikan Zakat Pendapatan yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakil untuk tahun…………. kerana Allah Ta’ala.”

Penerangan :-

Seorang Muslim, apabila cukup syarat wajib baginya, perlu membayar zakat pendapatan setiap tahun ke atas segala perolehan wang atau gaji untuk tahun itu. Malahan, kepentingan membayar zakat dapat dilihat dalam Rukun Islam sendiri, iaitu Rukun Islam keempat: Kewajiban membayar zakat (bagi mereka yang berkemampuan).

Tentunya terdapat banyak kelebihan diwajibkan membayar zakat. Ia mempunyai kebaikan untuk kedua-dua pihak individu serta masyarakat dan ummah. Antara kelebihan zakat termasuk:

  • Membantu pembangunan ummah dan masyarakat kerana zakat yang dikutip akan disalurkan kepada golongan asnaf yang memerlukan termasuk fakir miskin, anak yatim dan juga para pelajar kurang berkemampuan.
  • Menyatukan ummah dalam hal ekonomi, di mana sama-sama dapat berbincang cara terbaik untuk sama-sama maju dalam pengumpulan harta
  • Mewujudkan hubungan sesama insan di antara pemberi dan penerima zakat – walaupun pembayar zakat mungkin tidak bertemu para penerima zakat, namun dapat melihat pembangunan dan bantuan yang diberikan hasil daripada kutipan zakat
  • Mengelakkan perasaan iri hati sesama insan dan malahan mungkin juga dapat memberi inspirasi kepada golongan penerima zakat untuk memajukan diri sendiri agar dapat menyumbang kepada ummah suatu hari nanti melalui zakat ke atas kekayaan sendiri
  • Menanamkan sifat bertanggungjawab dalam diri individu, terutamanya ketua keluarga
  • Menyucikan harta yang mungkin was-was bagi pembayar zakat
  • Salah satu peluang untuk meningkatkan ibadah adalah dengan membayar zakat ke atas kurniaan daripada Allah SWT

FATWA ZAKAT PENDAPATAN

Sebenarnya, terdapat dua jenis zakat pendapatan, di mana seseorang individu perlu membayar salah satu atau mungkin kedua-duanya sekali jika cukup syarat nisab zakat.

Jenis yang pertama adalah zakat gaji. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 Mei 2003 telah membincangkan ‘Zakat Gaji Beserta Kadarnya‘. Hasil perbincangan, muzakarah telah memutuskan bahawa asas pengiraan zakat pendapatan dan gaji adalah berdasarkan kepada pendapatan kasar setahun dan nisab zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5% daripada jumlah pendapatan tersebut.

Jenis yang kedua pula adalah zakat pendapatan professional, iaitu bagi individu tanpa pekerjaan kerja tetap (freelance) jadi tidak memperoleh pendapatan bulanan. Jenis individu ini contohnya seperti perunding bebas, penulis buku, pengacara majlis, pelakon, dan sebagainya.

Bagi pendapatan professional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-31 dan Muzakarah Khas yang bersidang pada 9 Disember 1992 telah membincangkan “Zakat Gaji & Zakat Pendapatan Professional“. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  • Umat Islam boleh mengeluarkan zakat daripada pendapatan gaji dan Jabatan Hasil Dalam Negeri hendaklah memberi rebet zakat ke atas jumlah yang dibayar itu
  • Diwajibkan zakat ke atas pendapatan tahunan seseorang profesional kerana ia termasuk dalam perniagaan zakat perniagaan
Spilled jar of pennies creating a pattern of coins representing savings and finance.

Pembayaran Zakat Simpanan

Nisab Zakat Simpanan :-

TAHUN
BULAN
HARGA
2024
Januari - Jun
24,007.00
2023
Julai - Disember
23,035.00

Niat Zakat Simpanan :-

“Inilah wang sebanyak RM…………. sebagai menunaikan Zakat Simpanan yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakil untuk tahun…………. kerana Allah Ta’ala.”

Penerangan :-

ZAKAT SIMPANAN

Secara umumnya, ramai umat Islam akan membayar zakat fitrah dan zakat harta. Namun, tidak ramai sedar bahawa dalam lingkungan zakat harta itu terdapatnya zakat simpanan. Biasanya kita akan membayar zakat perniagaan atau zakat pendapatan. Ramai yang terlepas pandang atau tidak tahu akan zakat ke atas wang simpanan, apatah lagi mengenai siapa yang wajib membayar zakat simpanan, nisab zakat simpanan dan kadar zakat simpanan.

APA ITU ZAKAT SIMPANAN?

Zakat simpanan adalah zakat dikenakan ke atas wang simpanan perseorangan. Ia juga boleh dikenakan ke atas objek lain yang boleh diterima pakai secara umum dalam urusan jual beli. Contoh objek ini seperti emas atau perak yang boleh digunakan sebagai mata wang. Malah, zakat simpanan juga boleh dikenakan ke atas pelaburan seperti ASB, saham yang dipegang, bon simpanan, dan lain-lain. Kesemua faktor-faktor ini perlu disertakan ketika sedang kira zakat simpanan. Jika ia memenuhi syarat-syarat bentuk simpanan, termasuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan, maka ia diwajibkan untuk dibayar bawah zakat simpanan.

Jenis – jenis simpanan yang boleh dikenakan Zakat Simpanan :

  • Simpanan dalam bank atau institusi kewangan
  • Simpanan wang di luar intitusi kewangan
  • Simpanan ASB
  • Sijil bon simpanan
  • Pegangan saham
  • Pelaburan jangka panjang
  • Lain-lain jenis simpanan seperti emas dan sebagainya
Detailed view of a stock market screen showing numbers and data, symbolizing financial trading.

Pembayaran Zakat Pelaburan

Nisab Zakat Pelaburan :-

TAHUN
BULAN
HARGA
2024
Januari - Jun
24,007.00
2023
Julai - Disember
23,035.00

Zakat Pelaburan

Dalam usaha menjana pendapatan dan mengumpul kekayaan, salah satu cara adalah melalui aktiviti pelaburan. Pelaburan merupakan aktiviti di mana sejumlah wang ditempatkan pada sesuatu kegiatan perniagaan dengan harapan dana ini akan berkembang dan menghasilkan keuntungan yang besar di masa hadapan. Oleh itu, jika ia menguntungkan, tentu sekali perlu dikenakan zakat pelaburan bagi orang Islam kerana keuntungan daripada pelaburan juga merupakan sejenis pendapatan.

Biasanya, sesebuah pelaburan juga merupakan aktiviti jangka masa panjang, di mana pulangan daripada pelaburan ini mungkin tidak akan memberi pulangan yang menguntungkan sehingga selepas beberapa tahun. Malahan, pelaburan merupakan salah satu cara yang sering dipertimbangkan jika seseorang itu benar-benar mahu membina kekayaan.

Pelaburan termasuk pelaburan oleh individu, kerajaan, kumpulan seperti koperasi, dana pencen dan pelaburan perniagaan atau korporat. Bagi tujuan pembayaran zakat pelaburan, kategori ini termasuk semua jenis pelaburan. Ia mungkin pelaburan sebagai individu atau bagi pihak syarikat, dalam jenis pelaburan seperti saham, bon, kripto dan komoditi – iaitu pelaburan dalam bahan-bahan yang digunakan dalam kehidupan seharian manusia seperti arang, minyak mentah, emas, gandum dan sebagainya.

startup, whiteboard, room

Pembayaran Zakat Perniagaan

Nisab Zakat Perniagaan :-

TAHUN
BULAN
HARGA
2024
Januari - Jun
24,007.00
2023
Julai - Disember
23,035.00

Zakat Perniagaan

Aktiviti perniagaan merupakan salah satu cara beroleh pendapatan jadi ia boleh dikenakan zakat perniagaan. Pada dasarnya, ianya tidak jauh beza daripada zakat pendapatan, di mana ianya dikenakan ke atas para peniaga dan usahawan. Manakala zakat pendapatan pula lazimnya untuk mereka yang bekerja makan gaji. Namun, perbezaan yang paling ketara antara kedua-dua kategori ini adalah bagaimana cara kiraan masing-masing. Cara pengiraan berbeza kerana melibatkan syarikat serta cara operasi bisnes tersebut. Mari ketahui dengan lebih lanjut lagi mengenai perkara ini. .

Apa itu Zakat Perniagaan?

Zakat perniagaan merupakan zakat yang perlu dibayar berdasarkan hasil atau pendapatan daripada aktiviti perniagaan. Aktiviti bisnes ini termasuk pelbagai bidang dan industri seperti perniagaan berasaskan pembuatan, perkhidmatan, jual beli barangan, perlombongan, pertanian, perladangan, perkapalan, logistik, pembekalan, pengedaran dan sebagainya. Sementara itu, bentuk perniagaan yang dikenakan zakat termasuk perniagaan persendirian, perkongsian, dan malahan perniagaan perkongsian dengan rakan kongsi bukan Islam. Semua jenis syarikat, koperasi, gerai, perniagaan atas talian, perniagaan saham, dan apa sahaja aktiviti yang melibatkan pertukaran wang untuk barangan atau perkhidmatan dikira sebagai perniagaan dan perlu membayar zakat jika memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Kelebihan menunaikan Zakat Perniagaan

Indahnya membayar zakat, tidak kira apa jenis zakat sekalipun sebagai amalan yang menyempurnakan ibadah kita kepada Allah SWT, dan juga membolehkan kita bantu-membantu sesama manusia. Bagaikan mendapat dua kali ganda bonus yang dirasai hasil daripada menunaikan tanggungjawab ini.

Secara khas pula, terdapat beberapa kelebihan kepada amalan membayar zakat perniagaan antaranya termasuk:-

Membersihkan hasil perniagaan daripada segala unsur tersalah timbang atau tersalah kira yang mungkin tidak kita sedari semasa melakukannya

      • Menimbulkan rasa bersyukur ke atas rezeki yang dikurniakan pada perniagaan kita
      • Juga menjadi dorongan untuk berusaha dengan lebih kuat lagi setelah diteliti hasil perniagaan pada sesuatu tahun, semoga dapat menyumbang dengan lebih banyak lagi kepada ummah dan masyarakat
      • Rasa berpuas hati kerana dapat membantu golongan asnaf serta membantu membangunkan masyarakat hasil daripada sumbangan dan bayaran kita
      • Meningkatkan taqwa kepada Allah SWT kerana dapat melihat sendiri bahawa membelanjakan harta ke jalan Allah tidak akan merugikan harta dan perniagaan
      • Dan banyak lagi kelebihan lain membayar zakat yang mungkin tidak kita sedari
A detailed shot of gold bars labeled 'Global Intergold' as a symbol of wealth and investment.

Pembayaran Zakat Emas

Nisab Zakat Emas :-

BIL
KETULENAN (KARAT)
JENIS EMAS
HARGA/GRAM
1
24K
999
346.68
2
23K
950
329.68
3
22K
916
317.88
4
21K
875
303.65
5
20K
835
289.77
6
19K
750
260.27

Zakat Emas

Umum diketahui bahawa pemilikan emas merupakan penanda tahap kekayaan seseorang kerana ia merupakan barangan berharga dan harganya mampu – malahan lazimnya – naik semakin tinggi. Ia merupakan logam yang tidak mudah dihapuskan, tidak boleh dibakar, warnanya kekal walaupun terbakar dan dicairkan, ia tidak beracun dan tidak membahayakan sesiapa yang memegangnya. Ini beberapa sebab mengapa ia digunakan sebagai mata wang suatu masa dahulu dan kini masih boleh didagang untuk ditukarkan kepada wang.

Oleh itu, Islam mewajibkan zakat emas dibayar oleh para pemilik berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Apabila cukup haul, maka perlu bayar zakat emas setiap tahun mengikut berapa persen dan berapa gram emas simpanan. Pembayaran boleh dibuat secara online.

KWSP

Pembayaran Zakat KWSP

Nisab Zakat KWSP :-

TAHUN
BULAN
HARGA
2024
Januari - Jun
24,007.00
2023
Julai - Disember
23,035.00

Niat Zakat KWSP :-

“Inilah wang sebanyak RM…………. sebagai menunaikan Zakat KWSP yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakil untuk tahun…………. kerana Allah Ta’ala.”

Perlukah Bayar Zakat KWSP/EPF?

Wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah sebahagian daripada hasil pendapatan seorang pekerja yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja, tertakluk di bawah akta KWSP. Skim Pengeluaran yang diperkenalkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada Zakat Harta yang sepatutnya ditunaikan oleh pencarum setelah harta itu dikeluarkan.

Wang yang masih dalam tempoh simpanan tidak dikirakan zakat, kerana ia masih belum cukup syarat; iaitu belum milik sempurna.

Bila perlu bayar zakat KWSP? Setelah wang tersebut dikeluarkan bermakna ia telah cukup syarat di mana ia telah menjadi milik pencarum sepenuhnya. Oleh kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, maka KWSP juga dikenakan zakat.

Fatwa Hukum Bayar Zakat KWSP

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-74 telah bersidang pada Julai 2006 dan telah memutuskan bahawa:

Mengikut Mazhab Syafie, zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haul. Wang KWSP adalah harta simpanan maka zakat wajib dikenakan apabila ia dikeluarkan dan sempurna kedua-dua syarat tersebut.

Ulama berpendapat bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal sekiranya syarat harta telah mencukupi nisabnya. Sehubungan itu, muzakarah memutuskan supaya Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada November 1982 dipinda seperti berikut:

Pencarum digalakkan mengeluarkan zakat sejurus mengeluarkan wang KWSP jika cukup nisab tanpa menunggu haul setahun.

Jenis – jenis & Kiraan Zakat KWSP

Cara kira Zakat KWSP bergantung kepada dua situasi:

Sebelum mencapai usia 55 tahun (pemilikan belum sempurna)

2.5% dari jumlah pengeluaran wang KWSP diwajibkan zakat. Jika jumlah pengeluaran dibawah nisab, hendaklah ditambah dengan pendapatan lain.

Contoh:

  • Nisab Tahun 2024: RM24,007.00
  • En. Ali (35 tahun) mengeluarkan wang KWSP sebanyak RM10k daripada Skim i-Sinar**
  • Jumlah zakat yang dikenakan: RM10,000 X 2.5% = RM250.00

**Mengikut jenis-jenis pengeluaran yang diwajibkan zakat seperti Skim i-Lestari, Skim Pengeluaran Pendidikan dsb.

Setelah mencapai usia 55 tahun (pemilikan sempurna)

2.5% ke atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan, maka tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan buat yang masih bekerja.

Contoh:

  • Nisab Tahun 2024: RM24,007.00
  • En. Ahmad (55 tahun) memiliki wang KWSP sebanyak RM100k.
  • Jumlah zakat yang dikenakan: RM100,000 X 2.5% = RM2,500.00

 

Two individuals in prayer before a meal, signifying faith and gratitude.

Pembayaran Zakat Fitrah

Niat Zakat Fitrah :-

“Inilah wang sebanyak RM…………. sebagai menunaikan Zakat Fitrah yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakil untuk tahun…………. kerana Allah Ta’ala.”

Bayar Zakat Fitrah Online

Menjelang hari raya Aidilfitri, semua muslim bergembira. Namun, dalam bergembira, jangan lupa untuk bayar zakat fitrah online jika anda masih belum melakukannya pada hari-hari terakhir bulan Ramadan. Ia menjadi tanggungjawab setiap Muslim lelaki dan perempuan untuk menunaikan kewajiban ini kerana ada juga golongan kurang bernasib baik yang mungkin tidak dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna disebabkan kekangan kewangan.

Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat fitrah adalah bayaran wajib oleh muslim yang perlu dibuat sebelum atau di pengakhiran bulan Ramadan yang merupakan sejenis aktiviti sedekah. Biasanya zakat ini dibayar kepada pegawai kutipan zakat negeri, ataupun amil lantikan sah, secara fizikal. Namun pada zaman moden ini anda juga boleh membuat bayaran secara online. Boleh dibuat di mana-mana negeri bermaustatin seperti Selangor, Kelantan ataupun Johor.

Bayaran zakat fitrah mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun yang sama umat Islam diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Tujuannya adalah untuk menyucikan diri daripada perbuatan dan kata-kata buruk yang mungkin kita lakukan semasa berpuasa. Di samping itu, hasil kutipan pula digunakan untuk menyempurnakan sambutan Aidilfitri buat golongan yang layak menerima bantuan seperti golongan fakir miskin dan yang kurang bernasib baik.

Oleh kerana zakat fitrah berkait rapat dengan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya, maka waktu untuk membayar zakat ini juga adalah pada waktu tertentu dan jangka masanya agak pendek. Menurut Imam Syafi’i, pembayaran boleh mula dibuat pada hari pertama bulan Ramadan. Namun, adalah lebih afdal jika ianya dikeluarkan pada dua hari terakhir bulan Ramadan. Waktu terakhir untuk membayar zakat adalah selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan (jatuh wajib sudah dibayar zakat) sementara adalah haram untuk membayarnya selepas terbenam matahari pada hari raya Aidilfitri.

Jika anda mahu membuat bayaran zakat fitrah dengan cepat dan mudah pada dua hari terakhir bulan Ramadan, cara paling senang adalah dengan membayarnya secara online atau atas talian.

A woman in a hijab prays on a rug with a tablet nearby, in a peaceful indoor setting.

Qadha Zakat

Cara Menunaikan :-

  • Qada’ zakat adalah berdasarkan kepada nisab ketika haul/tahun yang terdahulu.
  • Pembayaran qada’ zakat ini boleh dibuat secara ansuran atau mengikut kemampuan.
Scroll to Top